Kita Hamba

 

Kita adalah hamba yang dihidupkan buat sementara 
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba 
Tapi mengapa sering kita tangguhkan 
perintah waktu untuk menyembahnya 
Tapi mengapa kita selalu leka 
dengan kewajipan sebagai hamba 

Sedangkan Tuhan tak pernah lupa 
untuk mencurahkan segala nikmatnya 
Bahkan Tuhan maha pengampun 
di atas segala dosa yang dilakukan 
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat  

Bangunlah di tengah malam 
untuk bermunajat merintih kepadaNya 
Pohonlah kasih sayangNya 
agar selamat dunia dan akhirat 
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat.  

  

Senilagu & Senikata : Nazrey 
Hakcipta Senilagu & Senikata :  Raihan Cipta   

 

kembali...

dicipta dan direka bentuk oleh inc.