|
Terima kasih kepada Kump. Raihan kerana sudi memberikan biodata mereka...

RAIHAN IN BRIEF
Raihan ditubuhkan pada Oktober 1996 dan bernaung di bawah label Zamrud Record anak syarikat Warner Music (M) Sdn Bhd . Dibimbing oleh Farihin Abd. Fattah selaku penerbit dan pengurus. Tampilnya Raihan turut mewarnai persada seni tanahair dengan tujuan tidak lain untuk menyampaikan mesej kebaikan dan nilai-nilai murni sebagai sumbangan kami kepada negara tercinta. Setakat ini dua buah album telah diterbitkan iaitu "Puji-pujian" dan "Syukur". Dan yang terbaru dari kami ialah "Senyum". Kami lebih mengutamakan lirik dan mesej yang baik diiringi irama nusantara yang diadun dengan irama latin, percussion kepada semua.
BIODATA KAMI
|
Saya NAZREY JOHANI vokalis utama Raihan dilahirkan pada 12 Mei 1971. Saya berasal dari Ranau, Sabah dan sekarang ini umur saya 28 tahun. Tinggi saya 168 cm dan merupakan anak ke 7 dari 11 orang. Warna kesukaan saya ialah semua warna lembut manakala makanan pula saya suka ikan gporeng dan sup. Saya sukakan air soya. Pesanan saya untuk semua: Bersyukurlah dengan apa yang ada dan jadilah anak yang bertakwa. |
|
Saya pula ABU BAKAR MD YATIM dilahirkan pada 19 Feb 1970. Saya berasal dari Johor Bahru dan sekarang ini umur saya 29 tahun. Tinggi saya 173 cm dan merupakan anak sulung dari 9 orang. Warna favourite saya ialah hijau dan biru dan saya suka makanan pedas. Saya juga suka minuman berais. Pesanan saya untuk teman-teman: Ketenangan dan kebahagiaan adalah milik Allah …..sebab itu kembalilah kepada-Nya. |
|
Nama saya Che Amran Idris. Kawan-kawan panggil saya Che Am saja. Saya dilahirkan pada 10 Jun 1969. Asal saya dari Pasir Mas, Kelantan dan sekarang ini umur saya 30 tahun. Saya taklah berapa tinggi cuma 158 cm sahaja dan saya anak ke 4 daripada 5 orang. Saya sukakan warna terang manakala makanan pula saya suka masak lemak. Saya juga seperti Nazrey sukakan air soya. Pesanan saya untuk semua ialah: Ikhlaslah dalam setiap tindakan dan ingat Allah di mana jua. Jangan lupa SENYUM ITU SEDEKAH. |
|
Nama penuh saya AZAHARI AHMAD tapi kawan-kawan panggil Abang Zarie sahaja. Saya lahir pada 20 September 1968 dan berasal dari Perak. Sekarang ini umur saya 31 tahun. Tinggi saya 171 cm dan merupakan anak ke 5 dari 9 orang. Saya suka warna hitam dan putih. Saya sukakan semua jenis sup. Saya air limau ais. Pesanan saya untuk semua: Lihat dan koreksi diri sebelum melihat kesalahan orang lain. |
A THOUGHT FROM US
THROUGHOUT THE HARD, CHALLENGING AND DIFFICULT TIMES THAT WE’VE BEEN THROUGH, YOUR SUPPORT AND LOVE HAS BEEN WITH US TO MAKE ALL THESE A SUCCESS. ALL WE CAN SAY IS, THANK YOU SO MUCH FOR BEING THERE FOR US. MAY ALLAH BLESS YOU! FROM US….RAIHAN.
[Kembali...][Raihan in Brief][Lirik Puji-pujian][Lirik Syukur][Lirik Senyum]
Laman ini telah dicipta dan direkabentuk oleh
inc.